Sunday, 21 September 2014

Sejarah SK Tg.Indera Petra



SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN TENGKU INDERA PETRA

NAMA SEKOLAH               :   SEKOLAH KEBANGSAAN TENGKU INDERA PETRA
GRED                                    :   A
KOD SEKOLAH                   :   DBB 1112
LOT                                    :   172
NO. GERAN                          :   9440
KELUASAN                          :   5A 173 DEPA
SEKSYEN                             :   28
BANDAR                               :   KOTA BHARU
NO. TELEFON                    :   09 7481553
NO. FAX                                :   09 7478959
ALAMAT                                :   SKTIP, WAKAF MEK ZAINAB,15300,KOTA BHARU,
                                                    KELANTAN.

                Sekolah Kebangsaan Tengku Indera Petra ditubuhkan pada 1957 dengan nama asalnya Merbau English School. Ianya terletak di Jalan Merbau dan dirasmikan pembukaannya oleh Menteri Pelajaran pada tahun yang sama .
                Beberapa tahun kemudian sekolah ini dipindahkan ke Wakaf Mek Zainab dan pada tahun 1963 nama sekolah ini ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Tengku Indera Petra. Nama sekolah ini diambil sempena nama Tengku Indera Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim iaitu kekanda kepada Al-Marhum Sultan Yahya Petra.
                Pada tahun yang sama iaitu 1963 sekolah ini telah ditumpang oleh Sekolah Rendah Kebangsaan Ismail Petra dan kemudianya sekolah tersebut telah berpindah ke tapak baru di kompleks sekolah – sekolah.

Dalam tahun 1963 itu juga Sekolah Pendidikan Khas telah ditubuhkan dan diletakkan di bawah pentadbiran yang sama. Kemudiannya, pada tahun 1980 Sekolah Pendidikan Khas telah bertukar kepada sesi petang. Pada tahun 1987 Sekolah Pendidikan Khas telah diasingkan daripada SK Tengku Indera Petra dan diletakkan di bawah pentadbiran yang berasingan yang dikendalikan oleh seorang guru besar.

Pada 01 Februari 1998, Sekolah Pendidikan Khas telah berpindah ke Sekolah Pendidikan Khas Negeri Kelantan yang bertempat di Lati, Pasir Mas. Dengan itu Sekolah Pendidikan Khas yang sedia ada diletakkan semula di bawah pengurusan SKTIP dengan diberi nama Kelas Pendidikan Khas ( Intergrasi ). Murid – murid yang ada hanyalah murid yang tidak berpindah ke Sekolah Pendidikan Khas Lati. Program intergrasi berjalan sehingga hari ini.

                Bangunan sekolah yang dibina sejak tahun 1957 itu masih digunakan lagi. Pada tahun 2003 barulah SKTIP mendapat 2 blok bangunan baru sebagai tambahan. SKTIP juga telah mendapat sebuah makmal komputer. Pada tahun 2008 juga telah diadakan pembaikpulih kelas-kelas di bangunan lama yang mana kelas yang terlibat adalah untuk tahun 1 dan 2.

Pada tahun 2006 SKTIP mempunyai satu prasekolah yang menempatkan seramai 25 orang murid dan sekarang terdapat 2 prasekolah di SKTIP iaitu Prasekolah Intan dan Prasekolah Nilam yang mana jumlah murid untuk kedua – dua prasekolah adalah seramai 50 orang.

                SKTIP pernah mencatat keramaian murid seramai 900 orang. Pada masa itu terdapat sebanyak 24 kelas normal dan 9 kelas pendidikan khas. Pada tahun ini, terdapat seramai 511 orang murid SKTIP yang mana 417 orang murid normal, 44 orang murid  dari kelas khas dan 50 orang dari prasekolah. Manakala jumlah guru adalah seramai 34 untuk murid normal, 11 untuk pendidikan khas dan 5 guru J-Qaf. Menjadikan jumlah kesemuanya adalah seramai 49 orang guru di SKTIP pada tahun 2014.